Alhamdulillah...akhirnya impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah tercapai juga. Bila dah bersiap-siap untuk ke tanah haram Makkah dan Madinah ni... teringat pulak Ustaz Mansooruddin yang mengajor paper syariah(hadis) masa form 6 dulu dekat SMDB. Suatu pagi masa kelas hadis ( yang ada kaitan dengan bab niat )...dia ada le tanya kat kami semua...katanye "hangpa semua bercita-cita nak pegi melawat ke mana?" macam2 jawapan le yang keluar......tak ada seorang pun yang mambayangkan nak ke Makkah. Dimarahnya kami.....katanya , tanamlah niat dalam hati untuk mengunjungi Tanah Suci sama ada mengerjakan haji atau pun umrah, kerana di situlah tempat yang paling mulia dan paling banyak ganjaran pahala ibadah.....Tertunduk le kami semua( aku , mat jet, pian, man, syam, lan masing2 senyum malu dengan ustaz .....masa tu kira enjoy je walaupun budak2 kelas syariah). Mungkin rakan2 kelas 6 syariah 1 ni ada yang dah menunaikan haji..alhamdulillah le....Terima kasih buat Ustaz Mansooruddin kerana menunjukkan jalan yang betul buat kami semua......
Perjalanan umrah ni bermula di Masjid Azlan Shah, jalan diary...depan PUO...jamaah yang mengikuti rombongan ni dah sampai dan berkumpul di masjid ni sebelum subuh lagi ( pagi khamis 4/6/09) Selepas solat subuh .......semua jamaah umrah terus bersalam-salaman dengan ahli keluarga....sayu jugak le pagi tu ......dalam pukul 6.30 dua bas bergerak meninggalkan masjid Azlan Shah menuju ke KLIA....





No comments:
Post a Comment