Thursday, January 29, 2009

DONUT

dONUT OH dONUT
ni le donut yang paling sedap yang penah jumpa setakat ni.......ramai dah kawan2 yang bagitau keenakkannya......tapi belum berkesempatan nak beli ......sebabnya bukan semua tempat ada jualnye.................last year masa jalan2 kat tesco kota baru ada le jumpa kedai donut ni.....tapi tak sempat le pulak nak beli..................... time raya cina lepas .masa pusing2 kat food court JJ ipoh....jumpa le kedainye..........apa lagi try le beli.....................memang sedap, budak2 pun cakap memang sedap.....................sapa2 yang belum rasa boleh le cuba......................................

Wednesday, January 21, 2009

POS MUSUH ....2

Kenangan di Pos Musuh
suasana malam di luar tidak sama kalau nak dibandingkan dengan suasana malam di hutan belantara.....sunyi sepi ....cuma dialunkan dengan deruan air sungai yang mengalir deras memecahkan kesunyian malam.......alunan bunyi ungas2 rimba yang ada kalanya menegakkan bulu roma........ditambah dengan suasana dingin yang mencengkam tulang hitam.........apatah lagi bila menjelang dinihari..................cuma sayup-sayup kelihatan api kecil dari celah2 dinding buluh rumah penduduk kampung..................waktu malam di pergunungan ni cuma ditemani cahaya pelita ayam dan ada kalanya kerlipan lampu gasolin...............waktu melelapkan matalah yang paling istimewa sekali di belantara ni .......suasana sunyi ditambah lagi kesejukkan malam membuatkan lena kita lebih bermakna...........................akan tetapi di luar ni terpaksalah menggunakan kesejukkan tiruan ..kalau tidak..... tidur dlm kepanasan le jawabnya..........Kehidupan di belantara tu daaah lama ditinggalkan......akan tetapi semakin lama sesuatu itu kita tinggalkan semakin dekat, bahkan semakin seronok pula bila difikirkan........................mungkin pada ketika itu hati kita rasa bagai tersiksa..........tetapi percayalah ianya akan menjadi suatu kenangan paling indah buat kita yang tak kan dapat dirasai oleh orang lain................walau apa pun yang kita terpaksa tempuhi, susah mana pun yang terpaksa kita tanggung...............ikhlaslah dalam menjalankan tugas kita serta gembirakanlah hati kita dengan apa yang telah kita lakukan dan yang telah kita korbankan.............setiap yang susah dan sukar itu pasti ada kemanisan dikemudian hari.........
Motorsikal yang banyak berjasa buat guru2 di pendalaman

Di kawasan dam yang sering menjadi tempat persinggahan setelah berpenat lelah menuruni bukit

Monday, January 19, 2009

wasiat Imam Hassan Al Bana

• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.

• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

PERJUANGAN





Wednesday, January 14, 2009

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2009

BULAN

TARIKH

HARI

CATATAN

JANUARI

19.1.2009

ISNIN

Tahun Baru Cina 26 & 27.1.2009

FEBRUARI

25.2.2009

RABU

MAC

25.3.2009

RABU

APRIL

23.4.2009

KHAMIS

MEI

25.5.2009

ISNIN

JUN

25.6.2009

KHAMIS

JULAI

23.7.2009

KHAMIS

OGOS

25.8.2009

SELASA

SEPTEMBER

10.9.2009

KHAMIS

Hari Raya 20 & 21.9.2009

OKTOBER

8.10.2009

KHAMIS

Deepavali 17.10.2009

NOVEMBER

25.11.2009

RABU

DISEMBER

17.12.2009

KHAMIS

Hari Krismas 25.12.2009

Saturday, January 10, 2009

SAMBUTAN MAAL HIJRAH



MUTIARA KATA

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk

Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan

Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya

Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan

Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

Sunday, January 4, 2009

CUTI-CUTI 2

JALAN2 KE PENANG & C.HIGHLANDS
aktiviti cuti-cuti malaysia diteruskan lagi walaupun cuti sekolah tahun 2008 ni dah sampai ke penghujungnya. Destinasi seterusnya adalah pulau mutiara. Jalan-jalan sambil mengimbau kembali zaman2 maktab kat sana.........

on the way to ..rehat sebentar kat hentian sg bakap
suasana laut kat pantai seagate
kalau kat penang ni ....mesti singgah kat kedai mamak pekena nasi kandar
Singgah solat kat masjid terapung tg. tokong
Suasana di batu feringgi
Kalau pegi ikut jambatan... masa balik mesti le naik feri.........tak lengkap percutian ke penang kalau tak naik feri.

On the way nak balik tu melencong jap ke cameron highland.

Time-time cuiti ni cameron memang sesak ....lebih-lebih lagi kat brincang ni..........

suasana kat gerai sayur n buah di brincang...........................

Kekadang susah jugak nak cari makanan kat cameron ni.........so KFC le jadi pilihan

masa nak turun dari cameron ...singgah jap kat lata iskandar....tengok2 kraftangan yang berkenan di hati sebagai kenang-kenangan.........
Cuti-cuti malaysia terpaksa le ditangguhkan...... .....dan disambung semula hujung tahun 2009...itupun kalau budget ada...............................yang pastinya destinasi pilihan utama semestinya T'GANU.............................