Thursday, March 26, 2009

KAWIN

masa nak pegi umah pengantin ni....sempat juga le dua tiga kali teman sesat...........idak jumpa jalannye.....pastu idak pula jumpa umahnye..............akhirnye sampai le juga.......apa2 pun Selamat Pengantin Baru buat Borhan.........moga kekal hingga akhir hayat......

SUASANA DI P059






SUASANA MASA CUTI SEKOLAH YANG LALU KAT AREA CHANGKAT JERING N BUKIT GANTANG

GALERI SULTAN AZLAN SHAH







boleh tangkap gambar dari luar saje la kat galeri Sultan Azlan Shah ni.......dalam galeri tak dibenarkan ambil gambar......macam2 koleksi ada dipamerkan...........tak rugi kalau berkunjung ke sini......lokasinye ...sudah tentu le di kuala kangsar area bukit chandan ....

Monday, March 16, 2009

KUALA WOH: KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Awal cuti persekolahan yang lalu pengawas2 sekolah telah menghadiri kursus kepimpinan selama dua hari satu malam di hutan lipur Kuala Woh. bermula petang jumaat hingga petang sabtu. Aktiviti yang disediakan padat dan banyak memberi pendedahan dan keyakinan buat murid-murid yang terlibat. Oleh kerana peserta2 terdiri daripada golongan pengawas maka tahap disiplin adalah tip top dan aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Kawasan hutan lipur Kuala Woh ini memang sesuai untuk aktiviti perkhemahan sama ada di dalam kawasan chalet yang ada ataupun di tempat perkhemahan khas yang disediakan oleh pihak pengurusan Jabatan Hutan. segala keperluan asas seperti tandas/ bilik mandi, surau, dewan terbuka untuk aktiviti adalah cukup memuaskan.....disamping jika ada masa terluang dapat jugak turun ke sungai dan berendam barang sejam dua. Lokasinya tidak jauh dari jalan raya yang menghubungkan antara pekan tapah dengan cameron highland.......jika terputus barang keperluan..ada kedai runcit berhampiran yang menyediakan keperluan asas...........sekitar kawasan ini majoritinya didiami oleh masyarakat orang asli suku semai.............kalau 13 tahun dahulu laluan ini teman rentasi setiap hari bersama-sama rakan2 yang berkhidmat di pendalaman sk pos musuh lz...jadi kenangan lama tu mengimbau kembali le..............
Gambar2 sekitar perkhemahan dan juga suasana di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah
Peserta2 kursus memberi penuh tumpuan dalam setiap aktiviti yang diikuti
suasana waktu pagi di kawasan chalet......sunyi tenang dan damai
sempat juga si kem komandan ni berendam dalam sungai tu bersama-sama dengan helper2.......
kawan kita ni pulak asyik dengan jorannye le......layan sorang2
Pemandangan anak sungai yang mengalir deras ...dari atas chalet

Suasana di tapak perkhemahan terbuka serta kawasan perkelahan di Kuala Woh........

Kawasan meletak kenderaan yang luas.....

Wednesday, March 4, 2009

TEMUDUGA SPP

Hari ini selesai sudah temuduga spp...sempat juga jumpa member2 pkpg(manap,kak ros, haslijah)cikgu satu sekolah pun ada......dan juga si bob yang dah lama tak nampak batang hidung walaupun duduk seberang mukim je..............pagi sebelum gi poli 2 sempat lagi pekena kat restoran ehsan ampang.
Bagi mereka2 yang belum ditemuduga spp tu prepare2 le sikit2..........jangan masuk bilik temuduga tu dengan kepala yang kosong........kalau dpt si penemuduga yang baik tak apa le....kalau dpt yang moody nahas le ......kena marah tak apa lagi...jangan disuruh keluar sudah.......satu keje le pulak.
Satu lagi segala sijil2 serta dokumen2 yang patut bawa bawa le n buat salinan dan sahkan.....semak le betul2 masa kat sekolah n masa pagi nak gi temuduga tu.........nak selamat lagi bawa la semua sijil2 dan dokumen yang kita ada...simpan le dalam kete...apa2 hal senang nak cari......kalau duduk dekat tak apa le........kalau jauh.....ha2 gigit jari je le. Kalau kat PUO ni bab nak sahkan sijil senang...pensyarahnye ok baik2 mudah dibawa berunding...siap sedia membantu insan2 yang dalam kesusahan............terima kasih le dekat pensyarah cina kat jabatan matematik tu tadi...kalau tidak berpeluh jugak le teman,,,,
Buat mereke2 yang akan ditemuduga terutamanye kawan2 PKPG MPKTBR/UiTM 2005-2008 sure semua boleh lulus punya....baca le apa2 tentang pendidikan..PIPP, KBSR, KBSM, hal2 berkaitan P&P, tentang sekolah sendiri sikit, isu2 semasa dalam dan luar negara sikit......InsyaAllah boleh lulus.................Semoga semua dilantik ke skim DG41 secepat mungkin.