Friday, February 26, 2010

Wednesday, February 24, 2010

Friday, February 19, 2010

Wednesday, February 17, 2010

Taiping With Love

Suasana kehijauan sekitar Taman Tasik Taiping
Dari jauh kelihatan pusat peranginan tanah tinggi yang tertua di Malaysia....Bukit Larut (Maxwell Hill) . Keaslian Bukit Larut ini masih dipelihara ...tanpa ada pembangunan yang pasti akan merosakkan keindahan semulajadinya
Bersiar-siar sekitar tasik dengan menaiki Feri penumpang.........
ramai pengunjung mengambil peluang sempena cuti Tahun Baru Cina ini untuk bersantai bersama keluarga di sekitar Taman Tasik Taiping ....


BOMOH JANTUNG

Dalam dunia ini ada bermacam jenis penyakit. Penyakit yang menyerang manusia juga tidak terkira banyaknya. Kita sebagai umat Islam, seharusnya sabar dan redha atas penyakit yang kita hadapi dan anggaplahlah ia sebagai dugaan dari Allah s.w.t. Tapi , apa yang pasti setiap penyakit pasti ada ubatnya, kecualilah kematian...Oleh itu kita hendaklah berusaha dan berikhtiar bagi mencari penawar bagi satu-satu penyakit itu sama ada secara moden atau pun pengubatan secara tradisional.....motifnya hanya satu, agar penyakit yang dideritai sembuh dan dapat meneruskan kehjidupan seperti sediakala.
Pada awal cuti sempena tahun baru cina yang lalu, ada permintaan dari MIL untuk membawanya ke Lenggong, kira-kira 1 jam perjalanan dari Ipoh......kami bergerak bersama-sama dengan seorang sepupu yang membawa ibunya......Perjalanan menuju destinasi yang dihajati berjalan lancar..........Ketibaan kami disambut dengan suasana yang sunyi menandakan tiada penghuni menantikan ketibaan yang tidak diundang ini...he.he...jadi kenalah bersabar menunggu sehingga tuan rumah pulang dari pekan lenggong.......
Tun rumah ini apabila dilihat dari riak wajahnya , adalah seorang yang peramah dan baik hati......kepakaran yang dimilikinya????.......pakar dalam masalah jantung, buah pinggang dan sewaktu dengannya.( dari cerita-cerita orang lah). apa yang pasti cara pengubatannya tidak melibatkan perkara-perkara yang menyukutukan Allah swt. Tiada bayaran dikenakan, lebih kepada sumbangan ikhlas seadanya sahaja........Bagi sesiapa yang ingin mencuba mengubati penyakit yang berkaitan jantung setelah berusaha cara moden.. bolehlah cuba......tapi harus diingat, kita cuma beriktiar yang menyembuhkan adalah Allah swt... bukan doktor bukan tabib....dan bukan sesiapa pun.
dari pagi sampai dekat waktu zuhur berada dekat rumah pengamal perubatan tradisional tu...dalam perjalanan pulang singgah solat dekat masjid Kg Chepor.....jemaahnya tidak ramai..semuanya orang-orang veteran sahaja

Monday, February 1, 2010

MEMORI UiTM 05/08

Bergambar sebagai kenang-kenangan semasa di fakulti Sains Gunaan, kampus induk Shah Alam,


Dalam makmal kimia...........tiap2 minggu ada eksperimen.........susah2 pulak tu, nasib baik pensyarahnya baik-baik belaka, kerja yang susah jadi mudah...kawan2 pun cukup banyak menolong
Group cikgu-cikgu veteran...tapi hati muda, sebab itu sanggup menyambung pelajaran walaupun bermacam2 halangan dan cabaran yang perlu dihadapi.....
Setelah tamat eksperimen........