Sunday, April 26, 2009

BIDOR HALF MARATHON

Bidor Half marathon adalah acara yang saban tahun diadakan di pekan Bidor ni....ramai juga peserta tempatan dan luar yang mengambil bahagian........seawal pagi lagi peserta telah dilepaskan......tahun ni tak sempat hendak tunggu sampai habis ...sebabnya nak berkejar ke Hari Terbuka Armada TLDM Lumut.....

HARI TERBUKA TLDM

Biasanya hari ahad ni bangun lewat sikit...sebabnya cuti..tapi hari minngu ni bangun awal dan kerahkan budak2 bertiga bersiap....destinasi hari ni ke Hari Terbuka Armada TLDM , Lumut. Sebelum bertolak singgah sekejap dekat Klinik Zabedah tengok Bidor half Marathon...and then terus ke Lumut...Sampai kira2 pukul 9.30 pagi....Suasana dekat dalam pengkalan tu dah sesak......orang dah ramai membanjiri gerai2 pameran.........Tujuan utama ke sini nak naik kapal TLDM........Tengok personaliti TV3 macam kat bawah ni acara sampingan je........

Begini le suasana kat negara kita ni ...kalau ada pesta2 hiburan........sanggup berhujan...berpanas...fikir-fikirkanlah.......
sempat juga makan kat atas kapal...harga biasa saje....menu special hari ni soto dan air bandung. santai je makan kat atas kapal
banyak kapal yang dibuka buat para pengunjung.....masing2 tidak melepaskan peluang meninjau suasana kat atas dan juga dalam kapal..............NAVY2 yang jaga pun ok2

Saturday, April 25, 2009

KARNIVAL SAINS

Minggu ni minggu sains dan teknologi....sibuk sikit le..sebabnya asyik diekori budak2 tingkatan satu...ada je yang nak ditanya.....sampai jawapan soalan kuiz pun tanya cikgu........Macam biasa aktiviti kemuncaknye pada hari sabtu...selepas perhimpunan pagi selenggaraan s'u koko...terus diadakan majlis pelancaran oleh PK Petang.......selepas tu semua acara berjalan serentak. Antara pertandingan yang dijalankan adalah kereta solar, roket, amali, rekacipta dan inovasi, elektronik, kereta control, pameran dll. Sambutan pelajar amat menggalakkan terutamanya pertandingan roket. Macam2 ragam roket ada........


Monday, April 20, 2009

ROMBONGAN CIK KIAH KE BTP

Hari ni kena bangun awal, walaupun hari cuti keputeraan Sultan Perak...sebabnye cikgu2 buat lawatan ke Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara. Masa sampai kat sekolah dalam pukul 7 pagi, ramai yang dah menunggu. Bas pun dah get ready tepi jalan....... On the way tu....singgah jap sarapan dekat R&R Hulu Bernam. Masing-masing belum bersarapan pagi........pekena nasi lemak barang sepinggan.........
Sampai je dekat luar perkarangan BTP ni dah ada pegawai yang bertanggungjawab menyambut kunjungan kami...terasa macam diraikan pulak.......terima kasih le............

Masing-masing tak lepaskan peluang berposing dalam studio rakaman BTP yang selalu keluar TV tu...Ok jugak le lawatan kali ni . Banyak ilmu/input yang diperolehi. Staff2 nye baik-baik belaka. Terima kasih banyak2 diucapkan..................

Sunday, April 19, 2009

SEHARI DI TELUK INTAN

Hari ni pagi2 lagi budak2 bertiga dah bersiap-siap nak pegi ke Teluk Intan......sebabnya kerana nak lihat Proton Exora......setiap kali ada kereta baru dilancarkan mesti tak miss punya pegi tengok...tapi sekadar tengok saja ........Rmnye belum ada ......... ramai juga yang datang hari ni kat pusat pameran tu.......habis semua dibelek.........Proton Exora ni Ok juga ...bentuk dia cantik , luas , selesa dan semua yang asas2 diberi. Padan dengan harganya..........nak booking? sabar dulu....tunggu dua tiga bulan tengok cam mana...ada problem ke tak...lepas tu baru boleh berkira-kira....kalau ada hajat le....yang bestnya ada makanan yang dihidangkan kat pusat pameran ni... apa lagi jadi juadah sarapan pagi le.....
Bila dah habis belek Exora tu luar dalam....cergas terus ke pekan.....banyak pula polis trafik hari ni..tiap2 simpang ada trafik...rupa2nye jelajah malaysia mula hari ni...stage 1 dari Kuala Selangor ke Ipoh..patut le ada berpuluh-puluh polis trafik.....jadi layan kejap lumba basikal ni dengan budak2 bertiga....
Bila le nak merasa naik motor besar.....tapi bukan kuda putih ni le....................

Ni group pertama yang sampai di pekan Teluk Intan

Ni pula kumpulan besar yang kejar group depan... jaraknye tak jauh mana pun..tertinggal dalam 5 tiang je....

Ni pemandangan kat atas menara condong Teluk Intan.. nak naik kat atas ni percuma sahaja..tapi kalau jadi apa2 tanggung sendiri ......tak dapat merasa Menara condong PISA...dapat naik Menara Condong Teluk Intan pun jadi le....

Tuesday, April 7, 2009

HARI M'GUNDI P059












masa balik mengundi ni terserempak dengan member2 lama masa sekolah rendah dan menengah dulu.......rasanya berbelas tahun dah tak jumpa........lan ayer kuning, pian , din dan ada lagi yang dah tak berapa nak cam.......meriah la pilihanraya kecil ni sebab satu Malaysia turun kat sini..........yang penting t'jawab sebagai pengundi dah selesai.......undi adalah rahsia......Allah saja yang tahu..................Sapa2 pun yang menang Tahniah le.......berikan khidmat yang terbaik untuk penduduk P059 Bukit Gantang.