Thursday, November 27, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA

Sebaik saje tamat penggal persekolahan maka program percutian pun bermula le. hari pertama bercuti dah bergerak ke Kelate dan Terengganu. Stay kat Kelantan dua hari and kat tengganu dua hari. Kiranya cuti-cuti Malaysia le ni. Nasib baik jugak le belum kene musim tengkujuh lagi..hujan sikit-sikit tu ada le. kat kelate save budget sikit sebab bermalam kat umah kak ipar kat Pasir Mas. Sempat le jugak bersiar-siar kat Kota Bharu dan masuk Tesco tepi sungai tu. Rantau Panjang.... pun pegi jugak ...borong-borong le apa yang patut.
Umah ni le tempat bermalam semalam dua kat Pasir Mas. Kiranya semua ditanggung le ..makan minum...............Petang Ahad tu terus cergas ke Kuala Terengganu...tawakal je le sebab bukannya ada booking mana-mana tempat penginapan.....
Chalet Anees kat Mengabang Telipot jugak yang jadi pilihan.... dah ada bangunan baru rupanya...dan rate dia pun dah naik le...tapi selesa kat sini ...rileks dan perkampungan nelayan...Musim cuti ni penuh dengan tempahan....Operasi seterusnya...apalagi pusing-pusing Kuala Terengganu le..... dapat le melawat taman tamadun Islam kat Pulau Wan Man . Pasar Payang memang tak boleh miss punya.....banyak jugak le habis kat situ.......mydin, Giants pun dah ada kat Kuala Terengganu ni... dah maju le....dua tahun sudah takde lagi le semua tu.....
Suasana kat tepi pantai mengabang telipot tetap macam dulu...tak berubah sampai bila-bila...tetap aman damai dan menenangkan hati......
On the way nak balik tu pusing-pusing jap kat MPKTBR dulu le kini dah jadi IPKTBR....dah banyak berubah....dah upgrade maktab ni. Belukar kat Kem Sri Gelam pun dah gondol....terpacak bangunan baru yang masih dalam pembinaan...
Sebelum balik singgah jap kat gerai Sukaramai... apa lagi beli kepok leko le.......nak beli kat losong tak sempat..... x tau le bila lagi nak gi tengganu ni.....tengganu tetap dalam kenangan..............

Wednesday, November 12, 2008

HARI ANUGERAH

ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BIDOR 2

Hari ini pihak Sekolah Kebangsaan Bidor 2 mengadakan Hari Anugerah kecemerlangan tahun 2008. Jadi kene le bangun awal sikit. Sebabnya budak-budak bertiga tu dapat hadiah. So kene le tangkap gambar deme. Majlis mula pukul 8.30 pagi. Ramai jugak le ibubapa yang datang.
Perasminya, PPD Batang Padang. Ada le acara selingan persembahan budak-budak sekolah dan murid-murid tadika. Kompang pun ada ..riuh rendah le ngan bunyi kompang.....
Majlis habis dalam pukul 12.00 tgh. Lepas pi ambik makanan..tapau...apa lagi balik le terus...siap2 untuk pegi sekolah lak. Ari ni last day untuk peperiksaan akhir tahun....harap-harap ari ni x de lagi yang memulangkan buku teks.......boleh le kemaskini fail....




Sunday, November 9, 2008

JAMUAN SK BIDOR 2

JAMUAN GURU & FAMILY


Hari ni ada jamuan akhir tahun SK Bidor 2. Majlis ni diadakan dekat Hotel Grand Kampar. Satu-satunya hotel yang ada bintang yang paling dekat dengan pekan Bidor ni...dekat dengan kampus UTAR. Teman ikut je .....orang umah yang bayar......makan tak boleh tolak.....Majlis mula pukul 11.30 dan habis kira-kira pukul 2 lebih.... Makanan kat sini kira ok jugak le dan harganya pun berpatutan le. Macam biasa , dalam majlis ni ada le bagi-bagi hadiah dan cabutan bertuah......Teman dapat hadiah kecik je...


Friday, November 7, 2008

PENDAFTARAN TING. SATU


MAJLIS PENDAFTARAN TINGKATAN SATU



Majlis diadakan pada ari khamis lepas, sebelah pagi le. So cikgu-cikgu sesi petang kene le datang pagi untuk menguruskan murid-murid tahun enam ni. Ramai jugak yang hadir. Ada le dalam ...ratus jugak le. Macam-macam kaum ada.. melayu, cina, india, sikh... orang asli pun ada. Baru betul masyarakat berbilang kaum.... he..he



Dah lama tak melayan karenah murid-murid sekolah rendah ni...macam-macam ragam yang datang. Boleh tahan gak le....budak-budak asli biasa le cool je, dari dulu kini dan selamanya tetap macam tu ..maintain...pas tinggalkan pos musuh la ni jumpa balik le ngan budak-budak asli.....




Dengan penuh bersemangat dan confidentnye kawan aku ni memberi ucapan dan taklimat kat budak-budak sekolah rendah tu. Memang ada karisma....memang ada tokoh....bagus..bagus........