Suasana di hadapan Kaabah....semasa menunggu solat maghrib...kena le datang awal kalau nak merasa solat betul2 hadapan kaabah....
Kanser- Pengalamanku (1)
8 years ago
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
Untuk umrah kali kedua, jamaah di bawa ke miqat kat Ja'aranah. Penuh le masjid kat situ dengan jamaah2 yang nak memakai ihram, mengerjakan solat sunat ihram dan seterusnya berniat umrah. Masalahnya toilet dan tempat berwuduk kat situ sikit......tekanan air pula tak kuat........terpaksa le beratur panjang menunggu giliran............yang penting kalau ke sini kena banyak bersabar.....................


Dekat Masjidil Haram sentiasa je dipenuhi dengan jamaah2...tidak kira siang atau malam...masing2 mengambil sepenuh peluang untuk beribadat sebanyak yang mungkin..........Tidak dapat digambarkan perasaan di hati bila pertama kali memandang
Perjalanan umrah ni bermula di Masjid Azlan Shah, jalan diary...depan PUO...jamaah yang mengikuti rombongan ni dah sampai dan berkumpul di masjid ni sebelum subuh lagi ( pagi khamis 4/6/09) Selepas solat subuh .......semua jamaah umrah terus bersalam-salaman dengan ahli keluarga....sayu jugak le pagi tu ......dalam pukul 6.30 dua bas bergerak meninggalkan masjid Azlan Shah menuju ke KLIA....
Bas berhenti rehat sebentar di R&R Tapah kerana ada jamaah dari Teluk Intan menunggu di situ....... yang lain ambil kesempatan untuk bersarapan pagi....................
Rombongan umrah ni sampai ke KLIA kira2 pukul 11.00 pagi ......urusan bagasi diselesaikan oleh petugas Rahman Brother Travel & Tours......dalam pukul 1.00 semua ahli rombongan check-in...dan bersiap2 menukar pakaian ihram...sebabnya destinasi kali ni terus ke Makkah....jadi kena le berihram(yang lelaki le) dan berniat ihram(sebelum landing di Jeddah) semasa di dalam kapal terbang lagi........merasa le naik kapal terbang pakai selipar jepun je.........kena le jaga pantang larang semasa berihram........Tempoh penerbangan KL-Jeddah dalam 8 jam........So berangkat rombongan umrah dari Ipoh seramai 60 orang lebih dengan pesawat Saudi...pukul 3.00 petang dan sampai di Jeddah pukul 7.50 malam( dalam pukul 11.50 malam waktu malaysia).....



