"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
Kat malaysia ni banyak pulau2 yang cantik yang sesuai untuk kita pergi berehat.......dalam byk2 pulau yang dah teman pegi ni.....pulau perhentian le yang rasanye paling cantik dan tak dinodai dengan pembangunan yang melampau..........air lautnye biru lepas tu jernih le pulak.........byk pula tempat yang boleh jalankan aktiviti snorkeling........chalet2 yang ada pelbagai jenis...ikut kemampuan kita le...............memang seronok le kalau dapat stay kat sana empat lima hari.......kalau dah berkeluarga tu susah le sikit ...sebabnye kene modal besar le..........nak cepat naik le bot dari jeti kuala besut.
Hari ini tak ada apa2 aktiviti kat sekolah.........walaupun sebenarnya ada camping pss n prs kat kem nurnikman sg klah.....malam smlm teman n geng2 dah pegi kejap......so pagi ni dpt le pegi tgk sukan tahunan sekolah budak2 bertiga tu.............walaupun secara dalaman tetapi tetap meriah.............ramai juga ibubapa yang hadir memberikan sokongan.....................Cuaca juga baik jadinye majlis berjalan dengan lancar dan jayanye...................
masa kat t'ganu dulu sempat juga group teman buat trip ke kenyir..........tasik ni memang cantik...airnya huh..ada yang hijau...jernih...gelap gelita pun ada . Tah apa yang ada dalam perut tasik ni pun tak tau le....Pulau2 buatan di sekitar tasik ni memang cantik dan ada rumah2 rehat kerajaan kat pulau2 ni.......tapi kos bot mahal sikit le......perjalanan dari pengkalan gawi ke pulau2 ini idak le jauh sangat.........tapi kalau nak adventure lagi leh le mudik ke hulu lagi........tasik ni memang sesuai le dijadikan destinasi perlancongan .........
ni pula masa teman joint satu kursus kat pos kemar..........nak sampai ke situ adventure jugak le....apa idaknye terpaksa mengharung tasik kat empangan temenggor ( kat grik)....dua jam jugak le dalam bot ni.........sempat le menyelit-nyelit di celah2 batang pokok balak yang masih terpacak di tengah2 tasik ni............ ngeri jugak le bagi yang tak biasa...........kalau nak dibandingkan dengan tasik kenyir........ngeri lagi le kat tasik temenggor and tasik banding ni.......harap2 dapat lagi le joint aktiviti2 adventure cam ni........
"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin.
Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka. " Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.
Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjayamenyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.
Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.
Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.
Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.
Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.
Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. Wallahualam. http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/5352/sosial.htm
Lepas habis sukan kat sekolah budak2 ajak balik ipoh sebab nak tengok cerita upin & ipin......dek kerana letih... hari ahad baru le pegi......pagi2 dah gerak ke ipoh...........sampai kat JJ terus ke TGV......mak oii ....ramainya family2 yang dtg nak tgk upin & ipin......baru pukul 10.30 tapi tiket utk shows kul 10.30,12.30,2.30,5.30 dah sold out le..............nasib le teman datang awal..............kalau tak mengamuk le budak2 2......Movie ni ok gak le......tak rugi le tengok, menghiburkan...........yang surenya budak2 memang happy habis.............boleh le bagi 4*. sapa2 yang ada anak2 tu boleh le bawa gi tengok cite ni UPIN & IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA
awal2 tahun ni semua sekolah sibuk menjayakan sukan tahunan masing2. tak kiralah ..sekolah rendah mahupun sekolah menengah.....tapi bezanya tahun ni masing2 buat secara dalaman sahaja..........tempias krisis ekonomi global la tu..........walaupun secara dalaman suasana kemeriahan serta kesukanan tetap ada...............................adakalanya cikgu2 yang lebih excited berbanding pelajar..................ye le ...nak patah balik ke zaman persekolahan dulu dah tak boleh....................
Rumah kuning........umah teman le.......johan acara perbarisan
dalam sukan kali ni ada le jugak pertandingan rumah sukan tercantik.........sibuk le cikgu2 umah dengan budak2 siapkan decorationnye.........
Dalam nak mengurangkan debaran dan kecut perut paeserta yang mengambil bahagian dalam sukan kali ni.........diselitkan le juga selingan.......demonstrasi silat cekak hanafi dan tomoi.......
Teruja jugak le budak2 tengok demonstrasi ni........ Yang lain2 ni adalah aksi2 semasa kejohanan sukan tahunan berlangsung..........
Acara tarik tali ni ............kiranya acara penutup le.............kalau tengok bola yang tergantung kat gambar atas tu..bola kuning tu nombor dua......bangga jugak le walaupun sekadar nombor dua.......sebabnye teman ni ketua umah kuning sesi petang..........he..he.................majulah sukan untuk cikgu2 ...ha2 ............. jumpaa lagi le tahun depan