Thursday, December 25, 2008

RENUNGAN 2

Sebuah Kisah dari Zaman Silam........

"Diceritakan : dariAsy Syaikh Al Imam AbuNashir As SamarQand....

."Adalah Hasan al-Basri semasa mudanya,tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita,maka Hasan al-Basri mengikuti di belakangnya.

Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata:

:"Apakah engkau tidak malu ??? "

"Malu kepada siapa?", kata Hassan al-Basri"

“Malu kepada zat (Allah) yang Maha Mengetahui,matayang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu hamba-hambaNya", jawab wanitaitu.

Oleh kerana timbul rasa cinta,tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya, Hasan al-Basri terus menerus mengikuti wanita ini.

Bertanya wanita itu lagi : -"Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku?"

Kata Hasan al-Basri itu : -"Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"

Jawab wanita itu :"Kembalilah,nanti saya akan kirimkan padamu,apa-apa yang engkau inginkan "

Hasan al-Basri mengira, bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut, maka dia pun kembali.Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan al-Basri dengan membawa sebuah bekas yang tertutup dengan sapu tangannya.Hasan al-Basri membuka penutup,terpandang akan sepasang mata wanita tadi.

Kata pelayan itu :"Sesungguhnya berkata ... [saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"]

Gementarlah hati Hasan al-Basri,berdirilah buluromanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,"Sungguh celaka engkau,sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu "

Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu,berterus-terusan menangis semalaman. Pagi-pagi harinya,dia datang ke rumah wanita itu,untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia.

Hasan al-Basri menangis sehingga 3 hari lamanya Pada malam ketiga bermimpilah Hasan al-Basri melihat wanita itu sedang duduk di dalam syurga dan Hasan al-Basri berkata kepadanya dalam mimpi."Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya.”

Kata wanita itu ;"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah,oleh sebab engkau"

Kata Hasan al-Basri lagi ;"Berilah aku nasihatmu"

Kata Wanita tersebut;"Kalau engkau bersendirian,berzikirlah {ingatlah} kepada Allah Ta'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadaNya."

Maka Hasan al-Basri pun menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.Dan diapun memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah."

No comments: