Thursday, December 18, 2008

MUTIARA HATI

Zikir ‘senjata’ terbaik hadapi cabaran ujian alam

Oleh Mohd Kamel Mat Salleh

SETIAP manusia pasti tidak terlepas daripada segala macam ujian dan dugaan hidup. Selagi bergelar insan yang berada di atas muka bumi ini, cabaran itu sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan seseorang hamba.

Pelbagai musibah seperti banjir dan tanah runtuh yang dihadapi kita hari ini adalah ujian Allah (SWT) SWT untuk kita bertanyakan kepada diri sendiri apakah kita daripada kalangan manusia yang sabar atau sebaliknya.

Manusia adalah makhluk paling sempurna ciptaan Allah (SWT) SWT. Melalui kombinasi roh, jasad, akal dan fikiran menjadikan manusia khalifah yang mentadbir alam ini mengikut peraturan Penciptanya. Kesempurnaan ciptaan menyebabkan manusia lebih hebat berbanding makhluk-Nya yang lain.

Ini diakui melalui firman Allah (SWT) SWT yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’, ayat 70)

Keupayaan manusia sebagai khalifah memerlukan kepada beberapa kekuatan dan tumpuan kali ini akan memfokuskan kepada kekuatan emosi dan jiwa sebagai salah satu faktor penting kejayaan manusia meneruskan tanggungjawabnya untuk memakmurkan alam ini.

Sesungguhnya kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi apa juga rintangan hidup. Allah (SWT) SWT memberi jaminan beruntungnya manusia yang menjaga dan menyucikan hati serta kerugian mereka yang mengotorinya.

No comments: