Monday, March 16, 2009

KUALA WOH: KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Awal cuti persekolahan yang lalu pengawas2 sekolah telah menghadiri kursus kepimpinan selama dua hari satu malam di hutan lipur Kuala Woh. bermula petang jumaat hingga petang sabtu. Aktiviti yang disediakan padat dan banyak memberi pendedahan dan keyakinan buat murid-murid yang terlibat. Oleh kerana peserta2 terdiri daripada golongan pengawas maka tahap disiplin adalah tip top dan aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Kawasan hutan lipur Kuala Woh ini memang sesuai untuk aktiviti perkhemahan sama ada di dalam kawasan chalet yang ada ataupun di tempat perkhemahan khas yang disediakan oleh pihak pengurusan Jabatan Hutan. segala keperluan asas seperti tandas/ bilik mandi, surau, dewan terbuka untuk aktiviti adalah cukup memuaskan.....disamping jika ada masa terluang dapat jugak turun ke sungai dan berendam barang sejam dua. Lokasinya tidak jauh dari jalan raya yang menghubungkan antara pekan tapah dengan cameron highland.......jika terputus barang keperluan..ada kedai runcit berhampiran yang menyediakan keperluan asas...........sekitar kawasan ini majoritinya didiami oleh masyarakat orang asli suku semai.............kalau 13 tahun dahulu laluan ini teman rentasi setiap hari bersama-sama rakan2 yang berkhidmat di pendalaman sk pos musuh lz...jadi kenangan lama tu mengimbau kembali le..............
Gambar2 sekitar perkhemahan dan juga suasana di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah
Peserta2 kursus memberi penuh tumpuan dalam setiap aktiviti yang diikuti
suasana waktu pagi di kawasan chalet......sunyi tenang dan damai
sempat juga si kem komandan ni berendam dalam sungai tu bersama-sama dengan helper2.......
kawan kita ni pulak asyik dengan jorannye le......layan sorang2
Pemandangan anak sungai yang mengalir deras ...dari atas chalet

Suasana di tapak perkhemahan terbuka serta kawasan perkelahan di Kuala Woh........

Kawasan meletak kenderaan yang luas.....

1 comment:

aznaz said...

Salam saudara Suhaimi..

Best nyer air terjun tu...teringat masa zaman remaja dulu selalu pergi camping atau berkelah tempat2 macam tu...nice blog...

sukran