Thursday, February 19, 2009

LELAKI PEMIMPIN WANITA

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita".
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa
kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki;
manakala kaum
perempuan adalah golongan
yang dipimpin.

Inilah fitrah atau sunnatullah yang
berkuatkuasa dalam kehidupan manusia
di dunia ini
sepanjang zaman. Dalam ayat lain
pula Allah berfirman
bermaksud "Peliharalah
dirimu dan ahli keluargamu dari
api neraka.
" Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki

yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

Pengaruh barat yang menular ke negara
Islam berjayamenyerapkan ideologi persamaan
hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum.
Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis.
Kaum wanita yang dahulunya berperanan
mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami
kini sudah mengabaikan tanggungjawab.
Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab
di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka
institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak
kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat
anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya
sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh
anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima
kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak,
semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak
akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang
kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada
wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada
lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang
diamanahkan kepadanya.

Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan
ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu
kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian
yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi
alternatif utama berbanding profesion perguruan dan
perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi
doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti
wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya
satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga.
Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki
yang tidak secemerlang pelajar perempuan.
Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam
peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi
satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam
pasaran tenaga kerja.

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor
pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran
di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak
dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja
terutama yang berpendapatan tinggi bertambah
ramai yang hidup membujang. Pemuda yang
menganggur sukar mencari wang untuk
berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala
keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala
keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun
faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan
yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang
memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup
sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk
mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang
diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan
kaum wanita amnya. Wallahualam.

http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/5352/sosial.htm

No comments: