Wednesday, June 24, 2009

UMRAH "PART 4"

Suasana di hadapan Kaabah....semasa menunggu solat maghrib...kena le datang awal kalau nak merasa solat betul2 hadapan kaabah....
Suasana dekat dataran ...depan pintu masuk King Abdul Aziz.....ada jamaah yang duduk2 berbual sambil makan2 dekat dataran ni......

UMRAH "PART 3"



Untuk umrah kali kedua, jamaah di bawa ke miqat kat Ja'aranah. Penuh le masjid kat situ dengan jamaah2 yang nak memakai ihram, mengerjakan solat sunat ihram dan seterusnya berniat umrah. Masalahnya toilet dan tempat berwuduk kat situ sikit......tekanan air pula tak kuat........terpaksa le beratur panjang menunggu giliran............yang penting kalau ke sini kena banyak bersabar.....................

Tuesday, June 23, 2009

UMRAH "PART 2"

Urusan di Airport Jeddah makan masa dalam 2 jam lebih......banyak prosedur kena patuhi....dari Jeddah ke Makkah ambil masa dalam 1 jam lebih..............sampai je di hotel kat Makkah dalam pukul 12 lebih, masing2 dalam keadaan berihram. selepas makan ada yang ke bilik untuk berehat......dek kerana nak cepat2 bertahlul ...dalam pukul 2.30 pagi terus le ikut mutawif buat tawaf dan saie...dan terus bergunting......maka selesailah umrah pertama malam itu juga( ambil masa dalam 2 jam juga le) .....boleh le buka pakaian ihram............bagi jamaah yang dah uzur masing2 berpakat selesaikan tawaf dan saie selepas solat subuh.....

Dekat Masjidil Haram sentiasa je dipenuhi dengan jamaah2...tidak kira siang atau malam...masing2 mengambil sepenuh peluang untuk beribadat sebanyak yang mungkin..........Tidak dapat digambarkan perasaan di hati bila pertama kali memandang
Masjidil Haram......dan Kaabah ..........Allah sahaja yang maha mengetahui.................................

Monday, June 22, 2009

UMRAH "PART 1"

Alhamdulillah...akhirnya impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah tercapai juga. Bila dah bersiap-siap untuk ke tanah haram Makkah dan Madinah ni... teringat pulak Ustaz Mansooruddin yang mengajor paper syariah(hadis) masa form 6 dulu dekat SMDB. Suatu pagi masa kelas hadis ( yang ada kaitan dengan bab niat )...dia ada le tanya kat kami semua...katanye "hangpa semua bercita-cita nak pegi melawat ke mana?" macam2 jawapan le yang keluar......tak ada seorang pun yang mambayangkan nak ke Makkah. Dimarahnya kami.....katanya , tanamlah niat dalam hati untuk mengunjungi Tanah Suci sama ada mengerjakan haji atau pun umrah, kerana di situlah tempat yang paling mulia dan paling banyak ganjaran pahala ibadah.....Tertunduk le kami semua( aku , mat jet, pian, man, syam, lan masing2 senyum malu dengan ustaz .....masa tu kira enjoy je walaupun budak2 kelas syariah). Mungkin rakan2 kelas 6 syariah 1 ni ada yang dah menunaikan haji..alhamdulillah le....Terima kasih buat Ustaz Mansooruddin kerana menunjukkan jalan yang betul buat kami semua...... Perjalanan umrah ni bermula di Masjid Azlan Shah, jalan diary...depan PUO...jamaah yang mengikuti rombongan ni dah sampai dan berkumpul di masjid ni sebelum subuh lagi ( pagi khamis 4/6/09) Selepas solat subuh .......semua jamaah umrah terus bersalam-salaman dengan ahli keluarga....sayu jugak le pagi tu ......dalam pukul 6.30 dua bas bergerak meninggalkan masjid Azlan Shah menuju ke KLIA....

Bas berhenti rehat sebentar di R&R Tapah kerana ada jamaah dari Teluk Intan menunggu di situ....... yang lain ambil kesempatan untuk bersarapan pagi....................

Rombongan umrah ni sampai ke KLIA kira2 pukul 11.00 pagi ......urusan bagasi diselesaikan oleh petugas Rahman Brother Travel & Tours......dalam pukul 1.00 semua ahli rombongan check-in...dan bersiap2 menukar pakaian ihram...sebabnya destinasi kali ni terus ke Makkah....jadi kena le berihram(yang lelaki le) dan berniat ihram(sebelum landing di Jeddah) semasa di dalam kapal terbang lagi........merasa le naik kapal terbang pakai selipar jepun je.........kena le jaga pantang larang semasa berihram........Tempoh penerbangan KL-Jeddah dalam 8 jam........So berangkat rombongan umrah dari Ipoh seramai 60 orang lebih dengan pesawat Saudi...pukul 3.00 petang dan sampai di Jeddah pukul 7.50 malam( dalam pukul 11.50 malam waktu malaysia).....

Tuesday, June 2, 2009

LAKSA BUYONG -BUKIT GANTANG

Dalam entry2 sebelum ni malas nak tulis apa2 sebab busy dengan peperiksaan pertengahan tahun. On the way balik cuti.....singgah jap dekat gerai laksa buyong Bukit Gantang. kalau lalu kat sini pasti singgah pekena laksa dan air soya. Laksanya memang sedap...sekali dah cuba pasti akan singgah lagi kat situ....Lokasinye senang saja...betul2 tepi jalan sebelum sampai ke Bukit Gantang....tapi masalahnye kedai ni selalu juga tutup. Orang dari luar pun ramai yang suka datang makan laksa kat sini.